Tak pakai 'mask' dalam video persenda alasan rentas negeri, 'instafamous' dikompaun

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebelum ini tular akan video seorang instafamous yang membuat adegan raya bersama anggota polis berpakaian uniform dan dimuat naik di laman sosial miliknya.

Menerusi laporan Bernama, instafamous berkenaan dikenakan kompaun RM1,500 kerena tidak memakai pelitup muka di dalam video tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali, pihak berkenaan dikenakan kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara selepas lelaki terbabit hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya di sini, semalam.

Mengulas lebih lanjut berkenaan video tersebut, pihaknya turut mengesan bahawa video tersebut dimuat naik pada 9.15 malam pada Ahad lepas.  Malah, hasil siasatan mendapati lokasi adegan raya itu dilakonkan di Bukit Rimau, Presint 3.

“Video tersebut turut melibatkan kenderaan polis jenis Proton Preve serta kenderaan persendirian jenis Honda City milik lelaki tempatan dan anggota yang terlibat dalam adegan lakonan tersebut berpakaian penuh uniform,” katanya.

Mohd Fadzil berkata, dalam video tersebut, individu berkenaan tidak memakai pelitup muka selain turut mempersendakan alasan-alasan yang diberikan bagi tujuan merentas negeri.

Selain itu, dua anggota polis dan seorang anggota tentera yang terlibat dalam video tersebut sedang bertugas dalam pasukan pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan IPD Putrajaya.

“Saya tidak pernah membenarkan video tersebut dirakam atau dikeluarkan dan tiada sebarang bayaran atau sagu hati diterima oleh pihak polis dalam hal ini,” jelasnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen