"Sepatutnya diam je..." -Muat naik kenyataan di 'Instastory', peminat kecewa dengan Tokti?

Sebelum ini majlis tahnik yang diadakan oleh penyanyi terkenal tanah air iaitu Dato Seri Siti Nurhaliza menjadi bualan Netizen susulan melihat ramai tetamu yang hadir dalam majlis tersebut dan ada juga yang mendakwa bahawa salah seorang daripada tetamu undangan melakukan aktiviti rentas negeri.

Berikutan kejadian itu, sebagai tuan rumah, penyanyi itu tampil memohon maaf secara bertulis sekaligus menjelaskan situasi sebenar serta menafikan dakwaan orang ramai terhadap salah seorang daripada tetamu jemputannya melakukan aktiviti rentas negeri.

Namun, belum reda isu tersebut muncul pula satu lagi isu yang membabitkan penyanyi terkenal itu apabila dia memuat naik kenyataan di 'Instastory'.

Kenyataan tersebut kini menjadi bualan warga Twitter terutamanya kerana tidak menyangka individu yang paling mereka sanjung dan percaya selama ini seperti tiada sensitiviti terhadap isu SOP sebaliknya mengeluarkan kenyataan seperti itu.

'Sepatutnya senyap je...'

'Sampai bila pun tak ada kesedaran'

 

'Kitaorang pun dizalimi'

Selain itu, untuk makluman kini ruangan komen di akaun Instagram Tokti sudahpun ditutup. Apapun alasannya moga semuanya dapat diselesaikan dan tiada lagi persengketaan yang membabitkan pematuhan SOP ini sehingga rakyat menganggap ada jurang perbezaan antara mereka dan golongan yang berpangkat atau kenamaan.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen