"Ustaz mana yang artis ni rujuk pahala berganda-ganda ni?" -Dr Ridhuan Tee

Baru-baru ini media sosial digemparkan dengan isu bilamana seorang penyanyi terkenal tanah air mengeluarkan kenyataan berseloroh di saat majlis anaknya sedang hangat menjadi bualan wargamaya apabila mendapati tidak mematuhi SOP.

Muat naik kenyataan tersebut jelas sekali membuatkan orang lain menganggap selebriti terbabit tidak sensitif dengan masalah virus yang sedang melanda dunia sekarang sekaligus menyebabkan Netizen berbalah dan saling menyalahkan.

Ulas kenyataan selebriti

Susulan perkara tersebut, seorang pendakwah bebas yang dikenali sebagai Dr Ridhuan Tee Abdullah telah memuat naik kenyataan yang berbentuk teguran terhadap kenyataan selebriti itu di laman Facebook miliknya.

Henti budaya cari publisiti

Dalam kenyataan selebriti terbabit ada memetik tokoh agamawan serta kata-kata mereka berkenaan dengan pahala berganda yang dia peroleh berhubung isu yang sedang melanda dirinya serta keluarga baru-baru ini.

"Sendiri yang buat hal, sendiri pula mengaku dapat meraut pahala berganda-ganda, menggunakan nama ustaz.

"Budaya seperti ini perlu dihentikan. Memetik nama agamawan untuk cover diri ini tidak berapa molek."

-Dr Ridhuan Tee-

Banyak perkara yang telah Dr Ridhuan Tee ulas tentang isu tersebut dan beliau turut menegaskan agar orang kenamaan atau berpengaruh di luar sana menghentikan budaya mencari publisiti ini kerana baginya tak semua perkara perlu diberitahu kepada khalayak kerana mungkin akan menyebabkan perselisihan faham yang memudaratkan seperti yang berlaku sekarang.

 

 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen