Gagal patuhi SOP, Najib dikompuan RM3,000 manakala pengurus kedai makan RM10,000

Oleh: Zuzu Yasmine

Gara-gara melanggar prosedur operasi standard (SOP), bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikompaun RM3,000 atas dua kesalahan.

Menerusi laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kertas siasatan kes pelanggaran SOP Norma Baharu PKPB oleh Najib di Restoran Nasi Ayam Hainan Chee Meng, Bukit Bintang telah dikembalikan dari Pejabat Peguam Negara hari ini dengan keputusan mengenakan kompaun.

Difahamkan, Najib dikenakan kompaun RM1,500 bagi setiap kesalahan kerana melakukan kesalahan mengikut Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Penyakit Berjangkit) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) 2021.

"Kesalahan pertama adalah gagal mengimbas suhu badan semasa memasuki premis Nasi Ayam Hainan Chee Meng dan kesalahan kedua gagal mendaftar kehadiran di premis itu melalui aplikasi MySejahtera atau menulis secara manual,” katanya.

Manakala pengurus restoran berkenaan pula dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 disebabkan gagal mengarakan Najib membuat imbasan.

"Pengurus restoran Yeok Wei Hao dikenakan kompaun RM10,000 kerana gagal mengarahkan Datuk Seri Najib membuat imbasan MySejahtera atau menulis nama di dalam buku daftar sebagaimana disyaratkan dalam SOP," tambahnya.

Mohamad Zainal berkata, semua yang terbabit akan dikeluarkan kompaun dalam masa terdekat dengan nilai kompaun keseluruhan RM13,000.

"Polis menasihati orang ramai supaya patuh kepada SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dalam memerangi Covid-19," katanya.

Terdahulu, media telah melaporkan satu video berdurasi satu minit 39 saat menunjukkan Najib dilihat masuk ke restoran berkenaan dengan tidak melakukan imbasan suhu serta mendaftar MySejahtera tular di media sosial.

Bagaimanapun, Najib turut memuat naik kenyataan berhubung perkara itu di Facebook dengan mengaku kesilapan apabila tidak mendaftar menggunakan aplikasi MySejahtera walaupun pegawainya sudah berbuat demikian. 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen