"Senyap tiba-tiba upah peguam..." -Caprice naik angin 'Instafamous' lepas tangan isu majlis dikompaun

Sebelum ini telah tular berkenaan majlis berbuka puasa selebriti bersama anak yatim didapati melanggar SOP dan susulan kejadian tersebut pihak polis panggil semua individu yang hadir ke majlis tersebut bagi memberi keterangan lebih lanjut.

Bagaimanapun, isu itu terus berlanjutan antara Caprice dengan salah seorang 'Instafamous' yang dikenali sebagai Nurin Afiqah apabila penyanyi rap terbabit mendakwa Nurin mengingkari janjinya untuk membuat permohonan maaf secara terbuka di atas apa yang berlaku pada malam kejadian sehingga menyebabkan semua yang hadir dalam majlis tersebut menjadi buruan media serta pihak polis.

 

Selain itu, Caprice juga memberitahu bahawa Nurin senyap seketika apabila membahas tentang isu tersebut sehinggalah dia mendapat tahu ternyata Nurin telah pun mengupah seorang peguam untuk menyelesaikan kontroversi yang tular itu.

Mohon maaf secara terbuka

Menerusi 'posting' terbaru Nurin ada memuat naik kenyataan yang memberitahu bahawa dia telahpun membuat permohonan maaf secara terbuka seperti yang diminta Caprice sebelum ini sekaligus mengaku kesalahan yang dia telah lakukan dan akan lebih berhati-hati.

 

Isu terus berlanjutan

Bagaimanapun, isu tersebut masih berlanjutan apabila masih terdapat satu lagi dakwaan yang dibuat oleh Caprice terhadap Nurin yang membabitkan anak-anak yatim serta rakan artis lain dalam majlis tersebut yang masih belum diselesaikan hingga hari ini.

Apapun diharapkan semuanya dapat diselesaikan dengan cara baik dan leraikan segala persengketaan yang sedang membelenggu antara dua pihak.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen