Luah tak dapat beraya bersama keluarga, 'posting' konstable maut tertembak bawa maksud tersirat

Oleh: Zuzu Yasmine

Insiden menimpa seorang anggota polis berpangkat konstable maut dipercayai kerana tertembak oleh rakan sendiri di rumah sewa semalam benar-benar menyentuh hati.

Difahamkan, mangsa Norhalim Tumiran, baru sahaja bertugas di Unit Ronda Bermotosikal (URB) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu hampir sebulan sebelum muat di tangan rakannya sendiri.

Anggota polis berusia 25 tahun itu dikatakan berasal dari Pahang serta telah meninggalkan seorang isteri dan seorang anak kecil berusia lebih setahun.

Status terakhir ada makna tersirat

Lebih sedih lagi apabila status akhir mangsa di Facebook memaklumkan bahawa tahun ini dia tidak dapat menyambut raya bersama keluarga, sama ada di rumah keluarga sendiri ataupun keluarga mertua disebabkan tugasnya.

Baru sambut anniversary

Mangsa juga dikatakan baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan pada pertengahan April lalu bagi usia rumah tangga yang kedua tahun.

Rupanya nak beraya di sana

Sehubungan itu, waragent mula membanjiri ruangan komen dengan ucapan takziah kepada ahli keluarga anggota polis berkenaan. Selain turut mendoakan kesejahteraan roh allahyarham agar ditempatkan bersama-sama orang beriman.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen