Kejam! Bayi 9 bulan meninggal dunia, diliwat dan dibunuh suami pengasuh

Rakus dan kejam, sungguh tak berperikemanusiaan apabila bayi lelaki berusia sembilan bulan dibunuh sebelum diliwat suami kepada pengasuh di sebuah rumah di Kelana Jaya pada 27 April lalu.

Menurut sumber, ketika kejadian mangsa dikatakan berada dalam bilik tidur bersama suspek lelaki manakal suspek perempuan (pengasuh) sedang menyapu di luar kediaman mereka.

'Ada kesan koyak pada dubur'

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya iaitu Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata polis menerima laporan kejadian itu pada 28 April daripada seorang pegawai perubatan yang bertugas di Hospital Sungai Buloh.

"Pegawai berkenaan memaklumkan telah menerima pesakit(mangsa) yang berusia sembilan bulan dalam keadan tidak sedarkan diri yang dibawa suspek yang mengaku sebagai pegasuh."

-Pihak Polis-

Sehubungan itu, siasatan lanjut ke atas bayi tersebut mendapati mangsa telah meninggal dunia dan terdapat kesan pendarahan serta kecederaan di bahagian dubur.

"Hasil bedah siasat terhadap bayi tersebut mendapati terdapat kesan lebam di bahagian mulut disyaki ditekup menggunakan tangan dan beberapa kesan koyakan di bahagian dubur disyaki akibat kemasukan benda tumpul."

-Pihak Polis-

Ada rekod buruk

Susulan kejadian tersebut, sepasukan polis dari Balai Polis Kelana Jaya dan Cawangan D9 telah memberkas pasangan suami isteri yang berusia 36 tahun itu di sebuah rumah.

"Jabatan Forensik ketika melakukan siasatan telah merampas pelbagai barangan yang disyaki telah digunakan dalam kejadian itu, antaranya dua lampin pakai buang, seluar, karpet dan peralatan seks yang dibungkus dalam baju."

"Hasil ujian saringan air kencing ke atas kedua-dua suspek mendapati mereka positif dadah jenis syabu."

"Semakan rekod jenayah lampau ke atas kedua-duanya mendapati suspek lelaki mempunyai dua rekod berkaitan dadah dan kedua-duanya direman selama 13 hari bermula 30 April lalu sehingga esok."

-Pihak Polis-

Untuk makluman, kematian bayi berkenaan berpunca apabila mulutnya ditekup sehingga berlaku kesesakan nafas dan menyebabkan kematian.

[adsenses_code slot="7107598670"]

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen