Tak gentar rempuh 'roadblock', rakyat Indonesia tekad mahu pulang ke kampung beraya

Oleh: Zuzu Yasmine

Pastinya ramai begitu sedih apabila tidak dapat pulang ke kampung halaman pada lebaran kali ini disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tidak membenarkan rakyat merentas negeri dan daerah.

Disebabkan rasa rindu pada ibu bapa dan juga ingin menyambut Hari Raya di kampung, ramai yang sanggup mengambil risiko dan mencari pelbagai cara untuk melepasi sekatan jalan raya.

Langgar sekatan demi balik kampung

Bukan hanya berlaku pada negara kita, namun negera jiran, Indonesia juga dilihat tidak mempedulikan arahan kerajaan yang melaksanakan perintah berkurung serta tidak benarkan pulang ke kampung untuk menyambut lebaran.

Menerusi video tular di media sosial baru-baru ini, rakyat Indonesia dilihat menunggang motosikal secara beramai-ramai dan merempuh ‘roadblock’ untuk pulang ke kampung demi meneruskan tradisi ‘mundik lebaran’.

Malah, dalam rakaman video tersebut juga terdengar suara si perakam turut memberi sorakan kepada penunggang-penunggang motorsikal yang menyerbu sekatan lalu lintas sehingga pihak polis terpaksa mengalah dan membenarkan sahaja mereka semua melepasinya.

Harap rakyat Malaysia tak buat macam ni

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen yang rata-rata berharap agar rakyat Malaysia tidak bertindak sedemikian rupa. Selain turut mengingati agar hargai pengorbanan ‘frontliners’ yang semakin letih setiap hari.

Malah, ada juga berseloroh bahawa rakyat Indonesia dianggap tidak kisah akan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan meskipun sebelum ini menteri negara tersebut pernah membandingkan antara Malaysia dan negaranya.

Sebelum ini, kerajaan Indonesia telah melaksanakan larangan pulang ke kampung halaman bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini bagi mengawal penularan Covid-19 di negara itu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen