Kerana salah faham, pelajar tingkatan 1 cedera parah dibelasah dua pelajar perempuan

Oleh: Zuzu Yasmine

Dipercayai berpunca dari salah faham, seorang pelajar perempuan tingkatan satu teruk dipukul oleh dua orang pelajar perempuan lain di Bukit Beruntung Rawang, selesa lalu.

Menerusi laman Facebook Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengatakan bahawa, ibu mangsa menerima khabar anaknya terlantar lemah di kawasan sekolah sekitar jam 3.28 petang oleh pihak sekolah tersebut.

Difahamkan, mangsa telah dibawa ke Hospital Selayang bagi mendapatkan rawatan susulan bagaimanapun kecederaan yang dialami agak serius.

Mangsa juga dikatakan mengalami kecederaan pada seluruhan bahagian tubuh badannya dan kini tidak mampu bergerak selain turut terjatuh setiap kali cuba untuk berjalan.

Kesal akan perkara sebegitu menimpa anaknya, ibu pelajar perempuan itu berharap tindakan segera boleh diambil oleh pihak berkuasa.

“Kes ini melibatkan jenayah buli terhadap anak saya. Anak saya dipijak dan dipukul, tak akan tiada sebarang tindakan segera yang boleh diambil?” Soal ibu mangsa ketika ditemu bual oleh wartawan PPIM pagi tadi.

Sementara itu, laporan polis telah dibuat namun keluarga mangsa masih menunggu tindakan susulan diambil dari pihak berkuasa terhadap dua orang pelajar yang dipercayai telah memukul mangsa.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen