Selepas diumumkan juara, pemain Leicester City kibar bendera Palestin tanda sokongan

Hari ini memasuki hari keempat umat Islam menyambut Syawal, namun perasaan sayu dan hiba terus menyelubungi apabila mengenangkan nasib saudara muslim di Palestin yang kini sedang berhabis-habisan melindungi tanah air mereka hingga ke titisan darah terakhir daripada diceroboh oleh tentera Israel yang sedia maklum akan ketamakan dan sifat mereka yang tak berperikemunusiaan itu.

Sehubungan dengan kejadian tersebut, kini seluruh dunia turut tak ketinggalan menunjukkan bukti sokongan mereka yang berpihak pada Palestin dengan memboikot segala produk keluaran mereka serta melaungkan suara membidas kenyataan pihak mereka yang penuh dengan helah dan penipuan di media sosial.

Kibarkan bendera Palestin tanda sokong

Selain itu, semalam telah tular gambar-gambar yang memaparkan seorang pemain bola sepak daripada Leicester City mengibarkan bendera Palestin di akhir perlawanan kejuaraan English FA Club menentang pasukan Chelsea.

Tindakan dipuji

Bendera itu telah dikibarkan oleh Wesley Forhana dan Hamza Choudhurry selepas pasukan mereka memenangi kejuaraan tersebut dan jelas sekali tindakan mereka mencuri perhatian seluruh dunia.

Hal ini adalah kerana mereka dikatakan berani berbuat demikian walaupun secara umumnya kebanyakan dari kalangan mereka menyokong agenda zionis Israel sejak sekian lama.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen