Selalu dalam ingatan, tunang ziarah kubur arwah Surya, ubati rindu di pagi raya

Hubungan yang terpisah kerana ajal, bagaimana perasaannya? Percaya atau tidak sukar untuk mengungkapkan perasaan itu dan bagi yang pernah mengalaminya pasti tahu betapa tak kuatnya seseorang itu untuk menerima khabar duka apabila seseorang yang kita sayang pergi buat selama-lamanya namun, Allah lebih sayangkan dia, hanya doa yang mampu mengubati segala rindu.

Mungkin itu jugalah yang sedang dilalui oleh tunang kepada arwah Siti Surya yang meninggal dunia dalam keadaan ngeri apabila arwah telah dibunuh dengan kejam oleh kawannya sendiri.

Dalam kejadian itu, ibu surya yang menghidap strok dan terlantar di atas katil tak mampu berbuat apa-apa untuk menghentikan pergelutan tersebut dan akhirnya Surya meninggal dunia di depan matanya.

'Kehilanganmu bawa satu kesedihan'

Menerusi perkongsian video di Tiktok, tunang kepada arwah Surya ada memuat naik video dia berkesempatan untuk menziarah kubur arwah pada pagi raya.

Video itu turut disertakan dengan kapsyen yang sangat menyentuh hati dan apabila meninjau ke ruangan komen, ramai tidak menyangka sifat kesetiaannya terhadap Surya.

Walaupun dah berbulan-bulan Surya pergi namun, dia kelihatannya sukar untuk melupakan tunangnya itu.

'Ikhlasnya dia'

'Bertuah arwah'

'Moga terus kuat'

 

'Moga ditempatkan bersama orang beriman'

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen