"Bahagia menjadi sahabat bukan suami isteri." - Wanita bersyukur bekas suami tetap beri duit raya setiap tahun

Oleh: Zuzu Yasmine

Penceraian bukan bererti perlu bermasam muka atau saling membenci. Boleh jadi itulah satu jalan untuk kekal rapat sebagai rakan bukan sahaja demi anak-anak tetapi juga diri sendiri.

Seperti kisah wanita ini, walaupun sudah bercerai dengan bekas suaminya namun hubungan mereka tetap baik malah sering menyambut hari raya bersama.

Menerusi video dimuat naik di platform TikTok milik wanita dikenali sebagai Nurain ini, memaparkan saat dia saling bermaafan dengan bekas suaminya di 1 Syawal lalu.

Setiap tahun sambut raya bersama

Menurut Nurain, walaupun mereka sudah berpisah namun mereka tetap menjaga hubungan baik demi anak-anak mereka. Bahkan setiap tahun dia dan anak-anak akan beraya di rumah mak mertuanya iaitu ibu kepada bekas suaminya.

Malah, mereka juga tidak kekok untuk saling bergurau antara satu sama lain kerana sudah menganggap hubungan tersebut seperti abang dan adik selain anak-anak mereka juga gembira akan perkara itu.

Bekas suami tetap bagi duit raya

Nurain juga bersyukur kerana setiap tahun bekas suaminya tetap memberi duit raya kepadanya walaupun sudah terpisah.

Rakaman video tersebut juga memaparkan saat-saat anaknya sengaja menyakat wanita berkenaan selain bekas suaminya turut sengaja meminta ciuman di pipi sebelum menghulurkan duit raya kepadanya.

Sesuai untuk jadi kawan

Dalam pada itu, Nurain turut mengatakan bahawa mereka lebih bahagia seperti ini bukannya menjadi suami isteri.

“Jangan tanya kenapa tidak rujuk. Kami lebih bahagia menjadi sahabat, bukan menjadi suami isteri,” luahnya.

Jarang jumpa macam ni

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tumpang gembira dan kagum melihat hubungan mereka.

Malah, perkara ini juga jarang berlaku terhadap pasangan yang sudah berpiasah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen