Nafi jadi isteri kedua menteri, Nora bakal kongsi hari bahagia

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebelum ini, penyanyi Datuk Nora Ariffin telah dikaitkan dengan seorang menteri kanan dengan mendakwa dirinya telah menjadi isteri kedua individu berkenaan.

Bagaimanapun, penyanyi terkenal dengan lagu Desa Tercinta itu sekali lagi menjadi sebutan apabila dirinya mengesahkan menerima lamaran seseorang.

Bakal kongsi hari bahagia

Nora menafikan bahawa dirinya sudah berumah tangga dengan Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa, sebaliknya dia menerima lamaran dari bukan orang yang dikenali.

“Selepas fikir dengan teliti, rasanya sudah sampai masa untuk saya membuat pengumuman  bahawa memang ada menerima lamaran daripada seseorang.

“Insya-Allah jika segala perancangan berjalan lancar, saya akan kongsikan hari bahagia itu dengan anda semua tidak lama lagi.


“Demi Allah, saya dan Tan Sri (Annuar) tidak bernikah. Saya sendiri tidak faham bagaimana ada pihak yang membuat tuduhan sedemikian.

“Sudah banyak kali saya nafi, Tan Sri juga sudah menafikannya, namun, masih ada yang nampaknya tidak percaya,” katanya.

Sokongan anak-anak & ibu mentua

Dalam pada itu, Nora turut mengatakan dia sedia membuka pintu harinya kembali selepas berfikir secara mendalam selain mendapat restu keluarga termasuk ibu mentua dan anak-anak.

“Anak-anak ada berkata, mereka akan memberi sokongan terhadap apa jua keputusan yang baik buat saya. Mereka hanya mahu melihat ibu mereka gembira.

“Allahyarham ibu mentua saya juga pernah berpesan, jika ada lelaki yang melamar, cubalah terima. Alhamdulillah, berkat restu dan sokongan anak-anak serta keluarga, saya kini bersedia menerima lamaran itu,” ujarnya.

Tular sijil pernikahan

Isu penyanyi berkenaan menjadi isteri kedua menteri kanan itu menjadi lebih menghangatkan apabila tular mengenai satu salinan sijil pernikahan bercop Songhkla, Thailand yang didakwa milik kedua-dua figura popular terbabit.

Selain turut tular adalah beberapa gambar Annuar mengenakan jubah putih di satu majlis yang kononnya berkaitan dengan pernikahan seperti didakwa sesetengah pihak.

Sebelum ini, Nora telah mendirikan rumah tangga bersama komposer terkenal, Allahyarham Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata. Bagaimanapun, Allahyarham meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen