Nekad nak sambut raya, warga emas lari dari PKPD jangkiti 7 individu lain

Oleh: Zuzu Yasmine

Gara-gara tekad mahu menyambut Aidilfitri, seorang warga emas bertindak melarikan diri dari Mukim Bunut Susu sebelum kawasan berkenaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Menerusi laporan Harian Metro, tindakan wanita warga emas berkenaan telah menjangkiti tujuh individu lain yang merupakan ahli keluarganya selepas disahkan positif Covid-19 pada hari raya kedua.

Difahamkan, wanita berusia 60-an itu telah melarikan diri rumah ahli keluarganya yang berada di Pulau Beluru, Tumpat.

Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin, pihaknya mendapati wanita tersebut tiada dalam kampung berkenaan sedangkan namanya terdapat dalam senarai.

"Sebaik mendapati warga emas itu tiada dalam kampung itu sedangkan namanya terdapat dalam senarai, kami mendapat maklumat wanita itu lari ke rumah saudaranya di Tumpat.

"Kami kemudiannya mengarahkan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Tumpat untuk mengesan warga emas berkenaan sebelum mengambilnya untuk tujuan ujian swab.

"Keputusan ujian swab warga emas berkenaan keluar pada hari raya kedua dan disahkan positif Covid-19," katanya

Beliau berkata, pihaknya mendapati warga emas itu keluar dari kampung selepas mendapat tahu kampung berkenaan akan dilaksanakan PKPD selain mahu menyambut Aidilfitiri.

Sehubungan itu, pihaknya masih mengesan kontak rapat warga emas itu untuk menjalani ujian saringan Covid-19.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen