Rakan bertugas ditahan, disyaki terlibat kes bunuh konstabel

Sebelum ini, kita telah dikejutkan dengan berita kematian seorang anggota polis berpangkat konstabel dengan kesan kecederaan di kepala dan dikatakan berpunca daripada bergurau dengan rakan bertugas.

Susulan kejadian tersebut, beberapa orang individu yang berada pada waktu kejadian telah dipanggil untuk menjalani siasatan lanjut berhubung kes tersebut.

Rakan bertugas tertuduh

Memetik laporan Berita Harian, seorang anggota polis yang juga berpangkat konstabel telah didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh rakannya pada 6 Mei lalu.

Suspek yang dikenali sebagai Muhammad Nur Alif Mazlan dituduh membunuh Konstabel Norhalim Tumiran di sebuah rumah di Lorong Permai Timur 9 sekitar jam 5.45 hingga 6.30 petang pada hari berkenaan.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh ketika pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibacakan di hadapan Majistret Siti Hazwani Hanim Ramli.

Sebutan semula kes

Sehubungan itu, Majistret menetapkan 6 Julai sebagai tarikh untuk sebutan semula kes sementara dua lagi konstabel berusia 21 dan 23 tahun dibebaskan dan akan dipanggil sebagai saksi bagi kes itu.

Allahyarham Norhalim meninggalkan balu, Nor Fitrah Ramli dan seorang anak perempuan yang kini berusia 14 bulan.

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen