"Maaf, sampai buat you all marah..." -'Backup' Lofa, Mawar jelas maksud sebenar

Semalam, media sosial dipenuhi dengan tangkapan skrin yang memaparkan komen Mawar Rashid yang sepertinya backup seorang selebriti yang sedang dilanda kontroversi berkenaan melanggar SOP iaitu Neelofa.

Menerusi komen yang ditulis oleh Mawar, selain berharap kes Neelofa dapat diselesaikan dengan cara yang baik, dia juga meminta Neelofa tidak dipenjarakan kerana dia merupakan antara selebriti yang banyak berjuang untuk Islam, kemudian di akhir ayat tersebut disertakan dengan emoji seperti kasihan mengenangkan nasib yang menimpa Neelofa ketika ini.

Bagaimanapun, komen yang dimuat naik oleh Mawar akhirnya menerima kecaman kerana kurang setuju dengan tindakan tersebut dan yang terbaharu, dia telah memuat naik kenyataan di Instagram miliknya bagi menjelaskan perkara sebenar sekaligus memohon maaf.

 

Selain itu, Mawar Rashid atau nama sebenarnya Wan Mawar Shahputri Binti Wan Rashid yang dikenali sebagai seorang yang lemah lembut mengaku bahawa dia memang mudah kesiankan orang.

Tak bermaksud  bantah keputusan mahkamah

Di samping itu, bukanlah maksudnya untuk menidakkan keputusan mahkamah sekiranya Neelofa dan suami dikenakan tindakan apa yang mereka lakukan kerana menurut Mawar setiap individu yang melakukan kesalahan memang seharusnya menerima hukuman.

Sehubungan itu, dia berharap agar orang ramai jelas dengan penjelasannya dan memohon maaf sekiranya kenyataan Mawar sebelum ini telah menimbulkan salah faham kepada orang ramai.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen