Debat Caprice & 2 gadis Israel di IG live buat ramai 'naik angin'

Semalam telah berlangsungnya Live di antara Caprice dan dua orang wanita yang berasal dari Israel bagi membicarakan topik berkenaan isu yang terkait dengan bumi Palestin saat ini.

Live tersebut menjadi tontonan jutaan penonton di Instagram dan rata-ratanya meninggalkan pelbagai respon tatkala melihat perdebatan antara Caprice dan dua orang wanita terbabit iaitu Shiraz dan Orin selama hampir 2 jam.

'Trending di Twitter'

Dalam pada itu, warga Twitter turut tak ketinggalan membahaskan perkara itu sehingga ia menjadi topik yang trending di platform tersebut  sekaligus menimbulkan rasa amarah orang ramai susulan melihat setiap jawapan yang diberikan oleh dua wanita terbabit ketika ditanya oleh Caprice.

'Mendidih darah tengok dia'

 

'Semua soalan tak boleh jawab'

'Harap boleh sabar macam Caprice'

'Debat tanpa ilmu pengetahuan'

Tindakan Caprice dianggap satu tindakan yang berani kerana mempertahankan kebenaran selain memuji cara dia mengawal keadaan di saat orang lain sudah hilang sabar melihat respon yang diberikan oleh dua wanita berkenaan yang sepertinya ingin mengelak dari menjawab setiap soalan yang diberi oleh Caprice.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen