Lantang sokong Palestin, Bella Hadid ditamatkan kontrak & terima ugutan bunuh

Oleh: Zuzu Yasmine

Gara-gara lantang menyuarakan sokongan terhadap Palestin, model terkenal dunia, Bella Hadid dipercayai tidak lagi menjadi wajah jenama barangan mewah Perancis, Dior.

Netizen tak puas hati?

Difahamkan perkara tersebut menjadi topik hangat di laman Twitter yang rata-raya meluahkan rasa tidak puas hati sekiranya perkara tersebut berlaku.

“Bella Hadid disenyapkan, kerjasama-kerjasama dengan jenama mewah ditamatkan termasuk dari Dior dan alamat kediaman keluarganya didedahkan kepada umum hanya kerana dia menyertai protes untuk Palestin,” ciap seorang pengguna Twitter.

Tidak itu sahaja, rata-rata juga mempersoalkan mengapa Isabella Khair Hadid, sahaja didiskriminasi sedangkan bintang lain seperti bintang Wonder Woman, Gal Gadot yang turut mempertahankan negara asalnya, Israel, dapat hidup dengan aman tanpa sebarang ugutan dan penafian hak.

“Gal Gadot boleh cakap tentang khidmat ketenteraan yang menafikan hak kemanusian rakyat Palestin tapi apabila Bella mempertahankan Palestin (negara asalnya), dia hilang ditamatkan kontrak kerjasama jenama mewah, disekat daripada peragaan dan menerima ugutan bunuh,” ciap seorang pengguna Twitter lain.

Rakyat Malaysia menyokong Bella Hadid

Perkara tersebut bukan sahaja menjadi tular di negara luar, malah rakyat Malaysia juga turut tidak ketinggalan menyokong model antarabangsa yang menyuarakan tanah air ayahnya sendiri.

Untuk makluman, Bella yang juga kakak kepada seorang lagi supermodel terkemuka, Gigi merupakan antara bintang global yang paling lantang mempertahankan Palestin yang kini bermati-matian menyelamatkan negara mereka daripada kezaliman Rejim Zionis.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen