Hanya pakai niqab tanpa 'mask' ketika hadir mahkamah, Neelofa sekali lagi disiasat polis

Oleh: Zuzu Yasmine

Semalam, usahawan dan selebriti Noor Neelofa Mohd Noor dan suami Haris Ismail mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di atas kesalahan melanggar prosedur operasi standart (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Mahkamah Majistret Seremban.

Susulan kes tersebut, beberapa gambar Neelofa bersama suami ketika diperkarangan mahkamah pula menjadi topik perbualan hangat netizen apabila mendakwa bentuk hidung dan bibir wajahnya kelihatan disebalik niqab yang dipakai.

Gambar yang berjaya ditangkap oleh Malaysia Gazzette itu telah tular dan menjadi perbahasan dalam kalangan netizen di media sosial.

Sehubungan itu, menerusi laporan Astro Awani, pihak polis telah membuka kertas siasatan terhadap usahawan berusia 32 tahun itu selepas gambarnya mengenakan niqab tanpa memakai pelitup muka ketika hadir ke Kompleks Mahkamah Seremban.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisoner Mohd. Said Ibrahim, kertas siasatan dibuka susulan Neelofa tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pemakaian pelitup muka sepertimana diwajibkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Ini termasuklah kepada mereka yang mengenakan niqab penuh atau separuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menjelaskan berkenaan SOP tersebut juga telah dikeluarkan oleh KKM setelah kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka di semua tempat awam mulai 1 Ogos 2020.

“Oleh yang demikian, satu siasatan telah dijalankan di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan [Akta 574] dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 [P.U.(A)225/2021],” jelasnya.

Katanya lagi, pihak polis tidak akan berkompromi dalam mengambil apa saja tindakan bagi memastikan SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan peraturan yang ditetapkan oleh KKM sentiasa dipatuhi.

Untuk makluman, Neelofa dikenakan jaminan sebanyak RM5,000 atas satu pertuduhan gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk mendaftar masuk ke premis.

Manakala suaminya, dikenakan jaminan sebanyak RM10,000 atas dua pertuduhan iaitu gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera atau menulis secara manual serta tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen