Kaku lihat jasad suami tak sempurna, isteri mangsa letupan kereta gagahkan diri demi anak-anak

Oleh: Zuzu Yasmine

Susulan kejadian kereta meletup mengakibatkan seorang lelaki maut dipercayai dipanah petir  dalam kejadian di Jalan Pintu Geng, Kampung Sireh Kota Bharu, semalam.

Isteri mangsa mengakui terkejut akan khabar yang diterimanya itu malah meminta anaknya untuk memastikan perkara tersebut.

"Sebaik tahu kejadian ini tular, anak kedua saya datang ke lokasi kejadian melihat sendiri keadaan berlaku kerana kami dikhabarkan kereta Proton Iswara Aeroback yang terbabit dan risau ia milik suami," kata Faridah Hussin.

Bagaimanapun, anak sulungnya, Wan Nur Hidayah, 22, telah mengesahkan kenderaan tersebut milik ayahnya memandangkan dia lebih biasa dengannya.

Menurut wanita berusia 49 tahun itu, kali terakhir berjumpa suami, Wan Hassan Wan Ali, 49, pada 4 petang ketika mangsa menghantarnya ke rumah saudaranya di Kampung Tanjung Chat di sini, dan berlalu pergi tanpa sebarang perlakuan yang mencurigakan.

"Sebaik diberitahu, ia (kejadian itu) membabitkan suami, saya terus ke lokasi kejadian dan badan saya bagaikan kaku seketika apabila dia dalam keadaan yang sudah tidak sempurna susulan letupan terbabit.

"Hanya tuhan yang tahu betapa luluhnya hati saya. Kami sekeluarga tidak berganjak ke tempat lain dan hanya berkumpul di lokasi kejadian sehingga jenazah suami dibawa ke hospital sambil membaca ayat suci al-Quran sebagai satu-satunya cara untuk tenangkan kami.

"Sekarang kami serah sahaja kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas mereka dan Insya-Allah...jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sireh selepas semua urusan selesai," katanya.

Faridah berkata, sudah menjadi rutin suaminya berulang-alik di jalan berkenaan dari Kampung Sireh ke Kampung Kota di sini, memandangkan kami akan berpindah ke rumah baharu tidak lama lagi.

"Bagaimanapun, keterujaan untuk pindah ke rumah baharu kini sudah tiada dengan apa yang terjadi hari ini, saya reda namun pasti mengambil masa untuk membiasakan diri tanpa dia di sisi.

"Insya-Allah, saya cuba kuatkan diri bersama tiga anak berusia 19 hingga 22 tahun," katanya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen