Dua sidang media dinanti rakyat Malaysia, jam 5 & 6 petang ini

Oleh: Zuzu Yasmine

Boleh dikatakan kes Covid-19 di negara ini sangat membimbangkan sejak akhir-akhir ini. Terutama apabila kes kematian meningkat secara tiba-tiba yang tentunya membimbangkan ramai pihak.

Sehubungan dengan itu, pastinya rakyat Malaysia ketika ini sedang ternanti-nanti langkah seterusnya yang bakal diambil oleh kerajaan selepas peningkatan secara mendadak kes Covid-19.

Bagaimanapun, difahamkan pihak kerajaan telah bersetuju untuk mengetatkan lagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Walau bagaimanapun, perincian berkenaan sekatan tambahan itu akan diumumkan petang jam 5 petang nanti.

Difahamkan, hari ini akan berlaku dua sidang media yang bakal menjadi tumpuan semua rakyat di negara ini.

Untuk makluman, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bakal mengadakan sidang media secara langsung di kaca televisyen pada jam 5 petang ini.

Manakala, sidang media kedua akan dilakukan oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz pada jam 6 petang secara maya.

Semalam, menurut kenyataan media yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri (PMO), sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sebulat suara PKP 3.0 itu melibatkan penambahan sekatan yang lebih ketat ke atas sektor ekonomi dan sosial.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen