Takziah, bapa mentua Marsha Milan meninggal dunia akibat Covid-19

Oleh: Zuzu Yasmine

Dukacita dimaklumkan bahawa bapa mentua kepada penyanyi dan pelakon Marsha Milan, Datuk Seri Mohhamed Ismail Mohamed Othman meninggal dunia awal pagi tadi hari ini.

Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia selepas dimasukkan ke hosiptal akibat dijangkiti wabak Covid-19.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Marsha menerusi laman Instagram miliknya.

"Dukacita dimaklumkan bapa mentua tersayang Datuk Seri Mohamed Ismail Mohamed Othman telah kembali ke rahmahtullah pada hari ini, Sabtu bertarikh 22 Mei 2021 bersamaan 10 Syawal.

"Marilah kita bersama-sama berdoa agar rohnya dirahmati Allah SWT dan ditempatkan di kalangan orang-orang soleh dan beriman," kongsinya.

Dalam pada itu, pelakon Sharnaaz Ahmad turut berkongsi berita sedih akan kehilangan seseorang yang telah dianggap sebagai bapanya sendiri.

"Seorang yang dianggap bapa pada aku pergi menghadap Ilahi disebabkan Covid-19. Semoga aunty Linda, Sepol, Sham dan Ayul tabah dan reda dengan ujian yang sangat berat ini. Insya-Allah syurga buat baba yang sentiasa bantu orang susah tak kira apa cara sekali pun," tulisnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen