"Jangan ganggu anak..." - Warga emas minta RM1 untuk beli air dedah diabai 5 orang anak

Oleh: Zuzu Yasmine

Kasih ibu bapa tiada galang gantinya, mereka la orang yang sanggup berkorban apa sahaja demi anak-anak mereka walaupun nyawa sendiri menjadi taruhan.

Apabila sudah meningkat dewasa, anak-anak mungkin sibuk dengan urusan hidup masing-masing namun jangan dilupa akan tanggungjawab terhadap ibu bapa yang semakin lanjut usia.

Minta duit nak beli air

Baru-baru ini tular akan satu video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok tentang seorang lelaki warga emas berusia lebih kurang 70 tahun lebih meminta sedekah RM1 untuk membeli air minuman.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pemilik akaun dikenali sebagai @boy2121_ itu, warga emas berkenaan berkongsi sedikit kisah hidupnya yang mempunyai lima orang anak dan kesemuanya sudah berkeluarga.

Tak mahu ganggu anak-anak

Difahamkan, warga emas berkenaan tidak mahu mengganggu anak-anaknya kerana masing-masing sudah berkeluarga walaupun dia sedikit sebak apabila bercerita mengenai darah dagingnya itu.

Lebih sebak lagi apabila warga emas turut menitip sedikit pesan kepada pengguna TikTok berkenaan tentang kehidupan berkeluarga selepas berkahwin kelak.

Moga Allah terus lindungi

Dalam pada itu, pengguna TikTok itu dikatakan sengaja memuat naik video tersebut agar membuka mata anak-anak pakcik berkenaan untuk melihat bapa mereka selain berharap agar warga emas itu terus dilindungi Allah SWT.

“Minta tolong viral.. biar buka mata sikit buat anak-anak dia..walaupun dugaan pakcik macam ni tapi kami yakin Allah selalu ada untuk pakcik..” tulisnya.

Dia macam sembunyikan kesedihan

Perkara tersebut menjadi perhatian netizen yang rata-rata bersimpati akan nasib warga emas berkenaan dan berharap mereka yang masih ada ibu bapa menghargai setiap masa-masa yang ada.

Bagaimanapun, ada juga yang berharap bahawa cerita yang disampaikan pakcik berkenaan bukan rekaan kerana bimbang sekiranya membuka aib ahli keluarga.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen