"Tak dahaga kasih cinta dari tulang rusuk, Heliza Helmi wajar jadi Ikon Belia Islam."

Oleh: Zuzu Yasmine

Semangat 'jihad' dan membela nasib umat Islam di seluruh dunia sememangnya sangat dikagumi, lebih-lebih lagi apabila dirinya tak pernah putus asa walaupun terpaksa hadapi pelbagai cabaran.

Meskipun begelar seorang penyanyi, pemilik nama Nur Heliza Helmi sememangnya seorang yang sangat memberi inspairasi kepada semua umat Islam tanpa mengira umur mahupun jantina.

Miliki semangat 'jihad' tinggi

Selebriti wanita ini sentiasa menjadi barisan hadapan dalam misi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Syria, Palestin dan sebagainya.

Malah, jika dilihat laman sosial wanita berani ini hanya dipenuhi perkongsian berciri Islamik selain turut memberi inspirasi kepada semua lapisan masyarakat.

Lebih mengagumkan lagi, apabila Heliza dilihat tidak pernah menyentuh mengenai soal jodoh ataupun cinta duniawai walaupun usianya sudah mencecah 30an namun semua perkongsiannya lebih kepada ilmu serta kisah yang memberi inspirasi kepada orang ramai.

Wajar jadi Ikon Belia Islam

Seperti perkongsian seorang wanita bernama Norlaila Mohamad Yusoff di laman Facebook, dia meluahkan rasa kagum akan semangat ‘jihad’ yang ada pada selebriti tersebut.

“Heliza Helmi tak kemaruk soal cinta jodoh! Tidak dahaga kasih cinta dari tulang rusuk. Tak menunjuk terlalu risau, fikir gelabah soal jodoh.

“Pernahkah dia ‘post’ ayat-ayat cinta sapa sayang dia bukti dengan akad nikah, siapalah nak masuk meminang.. Rindu-rindu cinta-cinta!? Ada? Inilah dia yang jenis betul-betul faham agama.

“Tidak ada jodoh di dunia, di akhirat pasti & tiada air mata duka! Dalam kepala otak hanya Syria, Palestin, misi bantuan Gaza. Andaikan terkorban semasa perjalanan niat bantu sahabat di sana.. Syahid lah beliau!” tulisnya.

Menurut wanita berkenaan, Heliza Helmi langsung tidak pernah risau akan soal jodoh ataupun berkongsi ayat-ayat cinta yang ditujukan kepada ‘bakal suami’ malah lebih sibuk perjuangkan Islam serta memberi inspirasi kepada masyarakat dalam melakukan amal kebajikan.

“Macam ni kita nak anak kita, didik dengan agama yang sebenar-benarnya,” tambahnya lagi.

Di akhir perkongsiannya, Norlaila mengganggap bahawa keperibadian Heliza adalah satu contoh baik buat ibu bapa lain dalam mendidik anak-anak mereka agar lebih memahami agama Islam.

Hebat mak ayah mereka

Perkara tersebut juga dipersetujui oleh rata-rata netizen selain meluahkan rasa kagum akan semangat yang ada pada wanita hebat berkenaan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen