"Tahu dari pihak media, Siti akur dikompaun RM10,000..." - Siti Nurhaliza

Oleh: Zuzu Yasmine

Susulan dikenakan kompaun RM10,000 kerana gagal mematuhi prosedur opersi standard (SOP) ketika majlis tahnik anak keduanya awal Mei lalu, penyanyi kesayangan ramai Datuk Seri Siti Nurhaliza akur dan menghormati keputusan tersebut.

Menerusi laporan Harian Metro, penyanyi berusia 42 tahun itu mangatakan bahawa pihaknya masih belum dimaklumkan mengenai perkara tersebut daripada pihak berkuasa.

"Pihak kami hanya mengetahui daripada berita atau pihak media mengenai kompaun yang dikenakan dan belum mendapat pemberitahuan daripada pihak polis.

"Kami menghormati dan akur dengan apa jua yang diputuskan pihak berkuasa dan berharap semua ini selesai dengan baik," katanya.

Untuk makluman, hari ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, Siti dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa masing-masing dikenakan kompaun RM10,000.

Turut dikompaun tiga anaknya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri serta penceramah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal turut dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang.

Sementara itu, Arjunaidi juga memaklumkan artis, Norman Hakim dan Abby Abadi serta pasangan masing-masing turut dikenakan kompaun.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen