Tular video budak lelaki panjat pagar & berjalan di beranda pangsapuri cetus kebimbangan ramai

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru-baru ini tular video memaparkan seorang kanak-kanak lelaki sedang bermain dan berjalan di luar beranda sebuah pengsapuri di sebuah kuarters penjawat awam.

Video berdurasi 15 saat itu mengudang kebimbangkan ramai, malah kanak-kanak lelaki tersebut dianggarkan berusia lapan ke sembilan tahun.

Menerusi rakaman video berkenaan, kanak-kanak itu juga berjalan di beranda sebelum menjenguk beranda rumah jirannya.

Dalam rakaman video berkenaan juga kelihatan seorang lagi kanak-kanak lain yang turut berada di beranda rumah berkenaan.

Berdasarkan video tersebut, kanak-kanak itu seperti sudah biasa memanjat pagar beranda berkenaan dan melakukan aksi mengerikan itu.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bila kejadian tersebut dirakamkan namun, tidak harus dibiarkan kerana bimbang mengundang kecelakaan.

Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali ketika dihubungi Kosmo! mengesahkan perkara itu dan ia berlaku di sebuah kuarters penjawat awam di sini.

“Saya sudah mengarahkan Ketua Balai Polis Presint 7 untuk berjumpa dengan ibu bapa kanak-kanak berkenaan.

“Saya difahamkan, Ketua Balai Polis Presint 7 juga sudah berhubung dengan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan susulan,” katanya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen