"Malaysia bakal terima lapan juta dos vaksin pada Jun & Julai depan..." - Khairy Jamaluddin

Oleh: Zuzu Yasmine

Malaysia dijadulakan bakal menerima kira-kira lapan juta dos vaksin Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac, pada bulan depan dan Julai.

Menerusi laporan BH Online, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, yakin penambahan bekalan itu bakal mempercepatkan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan melonjakkan kapasiti pemberian vaksin kepada 150,000 dos sehari bermula bulan depan.

Pihaknya berkata, kerajaan menambah pembelian vaksin Pfizer sebanyak 12.8 juta dos, menjadikan jumlah dos vaksin Pfizer yang ditempah Malaysia meningkat kepada 44.8 juta yang mencukupi untuk 70 peratus jumlah penduduk Malaysia.

Difahamkan, perjanjian penambahan dos vaksin itu ditandatangani Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, pada 21 Mei lalu.

"Dengan penambahan ini, Malaysia akan menerima penghantaran lebih 25.68 juta dos vaksin Pfizer pada suku ketiga tahun ini.

"Pada bulan depan, Malaysia akan menerima sejumlah 2.22 juta dos vaksin Pfizer, dengan 444,600 dos akan dihantar setiap minggu bagi tempoh lima minggu berturut-turut.

"Sehubungan itu, jumlah keseluruhan vaksin Pfizer yang telah dan akan diterima Malaysia sehingga akhir Jun adalah sebanyak lebih 4.97 juta dos," katanya hari ini.

Bercakap mengenai vaksin Sinovac, Khairy memaklumkan, rundingan terkini di antara kerajaan dengan Sinovac dan Pharmaniaga, memutuskan Malaysia akan menerima semua baki daripada 12 juta dos yang ditempah pada Jun dan dan Julai.

"Ia merangkumi lebih 5.09 dos vaksin Sinovac 'fill and finish' daripada kilang Pharmaniaga di Malaysia serta lebih 6.91 juta dos vaksin produk siap guna daripada kilang Sinovac di Beijing, China," katanya.

Mengulas mengenai bekalan vaksin AstraZeneca, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) itu memaklumkan, Malaysia dijangka menerima 1.02 juta dos pada Jun dan Julai.

"Kita dijangka terima 610,000 dos pada Jun dan 410,000 pada Julai, tertakluk pada kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) bagi pengeluaran vaksin AstraZeneca dari kilang di Thailand.

"Dengan semua penghantaran ini, saya meletakkan sasaran pemberian suntikan 150,000 sehari pada Jun, yang turut membabitkan pembukaan lebih banyak pusat pemberian vaksin (PPV) seluruh negara," katanya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen