Kes kematian makin bertambah, kini Hospital Selayang pula sedia kontena khas untuk jenazah

Melepasi setahun usia wabak Covid-19 ini menyerang hampir seluruh dunia sehingga ia telah mengorbankan jutaan nyawa hampir di seluruh dunia.

Perkara itu dilihat amat membimbangkan kerana di luar negara, ada mayat-mayat yang bergelimpangan kerana kadar kematian yang tidak dapat dikawal lagi

Kontena khas kini di Hospital Selayang

Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi laman Facebook rasmi memaklumkan bahawa selepas Hospital Sungai Buloh kini tiba giliran Hospital Selayang pula terpaksa menyediakan kontena khas bagi menempatkan jenazah/mayat Covid-19.

Menurut sumber, kontena khas yang disediakan Unit Perubatan Forensik Hospital Selayang ini boleh menempatkan 20 jenazah/mayat tambahan memandangkan peti mayat di hospital sentiasa penuh.

Kadar kematian bertambah

Kini kadar kematian di Malaysia yang berpunca daripada Covid-19 semakin hari semakin bertambah dan ianya memang tak dinafikan perkara itu terutamanya di lembah Klang.

Selain itu, kes harian juga menunjukkan peningkatan yang mendadak sejak kebelakangan ini menyebabkan hospital kekurangan wad dan juga tenaga kerja yang perlu menguruskan pesakit.

Justeru itu, rakyat disarankan untuk sentiasa berganding bahu bersama petugas barisan hadapan ini cukuplah dengan sekadar sentiasa mematuhi SOP dan mengikut segala arahan yang ditetapkan oleh pihak Kementerian.

 

 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen