"Terima maklumat secara langsung..." - Pembantu penerbit akui tak sengaja taip Seremban di Selangor

Oleh: Zuzu Yasmine

Hari ini tular akan satu foto sebuah rancangan televisyen yang meletakkan kenyataan Seremban terletak di Selangor.

Menerusi laporan Kosmo Online!, pembantu penerbit telah melakukan kesalahan tersebut secara tidak sengaja ketika menaip maklumat itu.

Malah, kejadian tersebut berlaku tanpa sebarang niat lain memandangkan insiden berkenaan terjadi ketika disiarkan secara langsung.

Menurut laporan, pembantu penerbit rancangan itu menerima informasi tersebut secara langsung sebelum memasukkannya ke dalam sistem untuk disiarkan.

“Panggilan itu secara langsung, pembantu penerbit yang menjawab dan menaipnya.

“Ketika dalam konti, semua tidak perasan kesalahan itu,” katanya.

Sebelum ini, tular di laman Facebook apabila tangkap layar rancangan berkenaan memaparkan kawasan Seremban dimasukkan sebagai sebahagian negeri Selangor.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen