Tular video kanak-kanak di tepi jalan, bapa akui tertidur sebelum sedar anak keluar rumah

Sejak semalam telah tular satu video yang menyaksikan dua orang kanak-kanak di tepi jalan yang ditemukan oleh orang awam sekitar Kampung Melayu Kulai.

Bapa akui terlena

Memetik laporan Berita Harian, seorang bapa mengakui disebabkan kecuaiannya tidur terlalu lena menjadi punca dua anak perempuannya yang masing-masing berusia satu dan tiga tahun berkeliaran tanpa pengawasan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kulai iaitu Superitenden Tok Beng Yeow memaklumkan keberadaan dua kanak-kanak tempatan itu yang dikesan berkeliaran pada jam 11.50 malam hasil aduan orang awam sebelum polis bergegas ke lokasi berkenaan.

"Bagaimanapun hasil pemeriksaan fizikal yang dilakukan, kami dapati tiada sebarang kecederaan yang disyaki akibat didera atau trauma terhadap kanak-kanak terbabit."

-Polis-

Peringatan buat bapa

Selain itu, hasil dokumentasi mendapati lelaki itu adalah bapa dan penjaga yang sah serta mengakui telah cuai dalam menjaga kedua dua anaknya kerana tertidur berikutan isterinya yang berusia 18 tahun bekerja syif malam.

Tambah Tok Beng Yow lagi, kanak-kanak terbabit didapati keluar kira-kira 50 hingga 100 meter dari rumah mereka.

Di samping itu, pihak polis juga telah memberikan amaran keras kepada bapa kandung dua kanak-kanak itu dan mengucapkan penghargaan kepada orang awam yang menyalurkan maklumat dengan segera.

Perkongsian video orang awam

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen