"Saya tak tahu positif Covid-19..."- Individu mohon maaf dan minta penumpang LRT buat saringan

Virus Covid-19 kini dilihat semakin agresif menular di atas muka bumi ini lebih-lebih lagi apabila berlakunya penemuan varian baharu yang dikatakan lebih bahaya dan mudah merebak sehingga ramai individu yang disahkan positif Covid-19 selepas menjalani saringan walau tanpa sebarang gejala yang teruk dan sebagainya.

Memetik laporan Harian Metro, seorang pengguna Twitter ada memuat naik kenyataan di platform tersebut yang mengesahkan bahawa dia merupakan individu yang sah positif Covid-19 selepas menjalani saringan.

 

Disahkan positif Covid-19 tanpa gejala

Menurut individu yang dikenali sebagai Claudia, dia amat terkejut dengan keputusan tersebut kerana sebelum ini dia tidak mempunyai sebarang gejala yang menunjukkan bahawa dia positif.

Susulan itu, dia meminta orang ramai yang menaiki tren LRT pada hari dan waktu yang sama dengannya segera melakukan ujian calitan sekaligus memohon maaf di atas kekhilafan tersebut.

"Saya rasa bersalah sebab saya tak tahu saya ada Covid-19. Langsung tak ada gejala. Saya minta maaf kepada sesiapa yang dijangkiti disebabkan saya."

"Saya langsung tiada gejala. Selain itu saya juga sudah mendapat vaksin untuk dos pertama."

-Claudia-

Minta penumpang lakukan ujian calitan

Tambah Claudia lagi, dia merasa terpanggil untuk berkongsi perkara itu di Twitter kerana sedar ramai yang menggunakan koc yang sama pada hari kejadian.

Mengulas lanjut perjalannya, dia menaiki tren LRT dari Wangsa Maju pada jam 7 pagi semalam dan tiba di stesen Pasar Seni 45 kemudian.

"Selepas saya lakukan ujian PCR, saya jalani ujian RTK-Antyigen dan didapati negatif."

"Selepas keluar  keputusan PCR jam 10 pagi, saya didapati positif dan diarahkan doktor untuk menjalani kuarantin di rumah sementara panggilan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)."

-Claudia-

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen