Wang sumbangan RM1,000 belum terima, ahli keluarga mangsa tuntut RM1.8 juta dari Prasarana

Dalam satu kenyataan hari ini, media melaporkan ahli keluarga salah seorang mangsa insiden tren Transit Aliran Ringan (LRT) telah memfailkan notis tuntutan kepada Prasarana sebanyak RM1.8 juta.

Ahli keluarga buat tuntutan RM1.8 juta

Menurut ahli keluarga kepada Wong Chee Foong berusia 52 tahun yang merupakan mangsa dalm insiden terbabit menjelaskan bahawa jumlah tersebut meliputi perbelanjaan perubatan, kecederaan fizikal, mental serta emosi selain trauma dan kehilangan punca pendapatan akibat daripada kecuaian prasarana sendiri.

Belum terima panggilan untuk sumbangan RM1,000

Selain itu, menurut ahli keluarga Wong, sehingga kini mereka tidak menerima sebarang panggilan dari pihak prasarana berkenaan sumbangan sebanyak RM1,000 yang dijanjikan sebelum ini.

Bagaimanapun, menurut mereka jumlah tersebut sebenarnya tidak cukup untuk menampung segala kos yang perlu ditanggung oleh mangsa dan itu belum lagi yang kehilangan punca pendapatan selepas insiden tersebut.

Mangsa masih tak sedarkan diri

Untuk makluman, kini Wong masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) dalam keadaan tidak sedarkan diri walaupun telah melepasi beberapa proses rawatan.

Terdahulu media melaporkan, satu kemalangan telah berlaku yang melibatkan pertembungan dua buah train sehingga mengakibatkan 213 penumpang didalamnya mengalami kecederaan pada 24 Mei lalu.

Sumber memaklumkan bahawa insiden tersebut berlaku berpunca daripada kesilapan teknikal namun tidak dipastikan kesahihannya dan sehingga kini ianya masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen