"Nama pun jadi isu ke..." -Netizen 'geleng kepala' tentera Israel tangkap bapa kerana nama anak

Pemilihan nama untuk anak amat penting kerana maksud di sebalik nama mencerminkan keperibadian mereka suatu masa nanti. Itulah yang orang dulu selalu pesan, letak nama yang baik-baik kelak mereka (anak) akan jadi orang yang baik-baik juga.

Kisah ini mungkin boleh dijadikan iktibar atau panduan untuk kita semua apabila seorang pengguna Twitter telah memuat naik satu perkongsian di platform tersebut berkenaan dengan penangkapan seorang bapa oleh tentera Israel yang mana penangkapan tersebut ada kaitan dengan nama anaknya yang baru lahir.

 

Maksud di sebalik 'Saif Al-Quds'

Menurut Fakhri, individu yang dikenali sebagai Ismail Ibrahim Habiyyah ditangkap oleh penjajah Israel selepas menamakan bayinya yang baru lahir dengan nama Saif Al-Quds.

Bagi yang mungkin tertanya-tanya maksud di sebalik nama tersebut ialah 'Perang Al-Quds' dan apabila meninjau ke ruangan komen rata-ratanya menjelekkan tindakan penjajah Israel itu kerana hanya dengan sebuah nama mampu mewujudkan keancaman buat mereka yang sedia maklum dengan kejahilan dan kezaliman.

 

'Pengecut betullah zionis'

 

'Nama pun jadi isu'

 

 

'Moga Saif dilindungi'

Bagaimanapun, ramai yang mendoakan agar bayi ini sentiasa dilindungi di samping berharap agar lebih ramai lagi pejuang Al-Quds selepas ini bagi memerangi puak Yahudi yang selama ini bertindak keras dan kasar kepada tanah air mereka.

Sebelum ini, satu serangan telah dilakukan oleh penjajah Israel bermula pada 27 Ramadan dan kejadian tersebut terus berlanjutan sehingga ke hari ini dan telah mengorbankan banyak nyawa selain memusnahkan penempatan penduduk Gaza.

Meskipun kejadian itu sudah sekian lama berlaku namun, kini ianya jelas dirasai oleh hampir seluruh dunia apabila orang ramai mulai menyedari perbuatan kejam mereka sekaligus sedaya upaya cuba melemahkan kekuatan mental mereka menerusi jaringan internet sebagai  bukti  dunia sedang menentang keras tindakan kejam puak Yahudi ini.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen