"Lepas muhasabah & merenung kekurangan..." -Farahanim mohon maaf secara terbuka kepada Rita Rudaini & Lufya Omar

Oleh: Zuzu Yasmine

Minggu lalu, seorang pengacara dan personaliti media sosial, Farahanim Razak telah memuat naik satu kenyataan di laman Twitter yang mendakwa jirannya merupakan artis terkenal seorang antivaksin hingga menjadi tanda tanya netizen.

Sehubungan itu, Farahanim Razak telah tampil membuat pemohonan maaf secara terbuka selepas mendakwa dua jirannya iaitu pelakon Rita Rudaini dan Lufya terdiri daripada artis yang dikatakannya.

Menerusi laman Instagram pengacara berkenaan, dia memaklumkan bahawa pihaknya telah menghubungi dua pelakon tersebut dan memohon maaf atas isu tersebut.

“Selepas bermuhasabah dan merenung segala kekurangan dan kelemahan diri, Anim menerima dengan terbuka teguran-teguran ramai berkenaan isu membabitkan Anim sebelum ini.

“InshaAllah Anim menginsafi kelemahan dan akan baiki diri Anim untuk menjadi hambaNya yang lebih baik.

“Anim baru sahaja menghubungi pihak terbabit untuk memohon maaf dan di sini juga Anim ingin memohon maaf secara terbuka..

“Hasrat Anim hanya satu iaitu seluruh rakyat Malaysia bersatu hati menentang ancaman virus Covid19,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Bagaimanapun, pengacara berkenaan menutup ruangan komen pada posting berkenaan.

Sebelum ini, Farahanim telah meninggalkan teka teki menerusi ciapan di Twitter dengan memberi pangkal nama pelakon yang didakwa antivaksin dengan mengamalkan rebusan bunga cengkih.

Susulan itu, pelakon Rita Rudaini serta Lufya Omar yang terasa akan perkara tersebut telah tampil menegur pengacara berkenaan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen