Cemburu kahwin lain, lelaki disyaki lepas tembakan untuk bunuh bekas isteri

Oleh: Zuzu Yasmine

Selepas mengetahui bekas isterinya berkahwin lain, seorang peniaga sanggup menembak cermin kereta yang dipandu wanita itu bersama tiga anaknya di Lorong Bayam Pinggir, Tapang dekta Jalan Hospital.

Menerusi laporan Kosmo Online!, suspek dipercayai menembak bahagian cermin belakang tempat duduk penumpang kereta jenis Kia Rio milik bekas isterinya yang berusia dalam lingkungan 30-an kira-kira jam 7.30 petang.

Walau bagaimanapun, mangsa bersama tiga lagi orang anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan berhubung kejadian tersebut.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Wan Khairuddin Wan Idris, siasatan mendapati, kereta yang dipandu mangsa bersama anak-anak yang berusia 3, 5 dan 13 tahun itu sedang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka telah diekori oleh kereta suspek.

Beliau berkata, apabila tiba di lokasi kejadian, kereta wanita yang juga merupakan seorang peniaga itu dipercayai telah ditembak selepas dia mendengar bunyi satu das tembakan pada bahagian cermin belakang.

“Mangsa tidak nampak sebarang senjata api yang digunakan suspek dan hanya mendengar bunyi seakan tembakan sehingga menyebabkan cermin kanan bahagian belakang telah pecah.

“Wanita itu dapat mengecam bekas suaminya yang melakukan perbuatan berkenaan berdasarkan kereta yang digunakan oleh suspek,” katanya.

Malah, siasatan terhadap kereta mangsa juga mendapati terdapat lubang dan kesan retak akibat daripada tembakan itu.

Wan Khairuddin berkata, setakat ini, polis masih belum dapat membuat sebarang pengesahan dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengenai jenis senjata api atau lain-lain senjata yang digunakan oleh suspek.

“Ini kerana, orang ramai di sekitar tempat kejadian tidak mendengar sebarang bunyi tembakan. Selain itu, suspek juga tidak mengaku menggunakan senjata api untuk menembak mangsa.

“Berdasarkan keterangan mangsa, dia dan bekas suaminya berpisah setahun lalu. Lelaki itu bertindak sedemikian selepas dipercayai cemburu apabila bekas isterinya sudah berkahwin lain,” ujarnya.

Sehubungan itu, polis telah menahan suspek di rumahnya di sini pagi tadi untuk siasatan lanjut.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana melakukan cubaan bunuh.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen