"Dia amat manja..." - Mayat budak 3 tahun maut dalam kebakaran sempurna seperti anak patung

Oleh: Zuzu Yasmine

Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran di sebuah rumah di Kempung Teluk Pelandok, Batu 12 Port Dickson hari ini.

Menerusi laporan Harian Metro, kejadian yang tidak disangka-sangka itu disedari selepas salah seorang mangsa, Umar Khalish Azidie Fadzly, 10, menjerit memaklumkan bahawa rumah mereka terbakar.

 

 

Susulan itu, dia bersama Arman Khalish, ibu, Marlia Junaidi, 36, nenek, Khalsum Bakri, 67, dan datuknya, Junaidi Abd Ghani, 63, bergegas keluar dari rumah selepas menyedari api merebak terlalu pantas.

"Saya tidur di ruang tamu rumah bersama adik (Arman Khalish, lapan tahun,). Bagaimanapun saya terjaga sejurus terasa bahang panas dan menjerit 'rumah terbakar' sekuat hati," ujarnya.

Bagaimanapun, sebaik saja berjaya selamatkan diri, baru mereka sekeluarga menyedari bahawa adik bongus tiada bersama mereka.

"Sebaik berada di luar rumah, barulah kami sedar adik bongsu, Yusuf Khalish Azidie Fadzly, tiga tahun, tiada bersama kami.

"Kami tak dapat berbuat apa-apa kerana api terlalu marak sebelum pihak bomba muncul untuk memadamkan kebakaran," katanya.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Kemang, Mohd Kamal Mohd Timar, mangsa ditemui sempurna dan kelihatan seperti anak patung apabila ditutupi pakaian di dalam bilik.

"Kawasan bilik itu musnah tetapi mangsa tidak cedera atau melecur. Apabila pemeriksaan dibuat, dia disahkan meninggal dunia," katanya yang tidak menolak kemungkinan mangsa lemas kerana asap.

Dalam pada itu, Umar Khalish berkata, dia bersama emak dan adik-adiknya sudah berada di kampung sejak sebulan lalu susulan sekolah ditutup akibat Pandemik Covid-19.

"Malah kami turut menjaga datuk yang kurang sihat akibat menghidap angin ahmar (stroke).

"Saya cukup sedih kerana tidak dapat menyelamatkan adik ( Yusuf Khalish ). Kami masih terkejut dan akan rindukan keletah adik. Malah dia amat manja dengan semua ahli keluarga," katanya.

Mengimbas kembali kejadian, Khalsum berkata ketika kejadian dia bersama ibu arwah, Marlia sedang memask di dapur untuk makan tengah hari.

"Sebaik mendengar jeritan cucu, saya segera bergegas melihat ruang tamu dan mendapati api sedang membakar ruang tamu berkenaan.

"Saya segera memapah suami, Junaidi, 63, yang ketika itu berada di dalam bilik. Dalam keadaan kelam kabut itu, saya terlupa salah seorang cucu (Yusuf Khalish) tidak ada bersama kami," ujarnya.

Sehubungan itu, jenazah Yusuf Khalish dihantar ke Hospital Port Dickson dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Teluk Pelandok di sini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen