TUDM kesan kemasukan pesawat China di sempadan negara, ruang udara kini dalam kawalan

Memetik portal Bernama, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melaporkan telah mengesan penerbangan mencurigakan 16 pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF) memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia (ZMM), Kota Kinabalu Flight Infirmation Region (FIR) dan menghampiri ruang udara nasional pada Isnin.

Pesawat dari China dikesan 

Panglima TUDM Jen Tan Sri Ackbal Abdul Samad dalam kenyataannya berkata penerbangan pesawat PLAAF itu dikesan oleh Radar Pertahanan Udara TUDM dari Pusat Pertahanan Udara di Sarawak pada jam 11.53 pagi.

"Pesawat itu telah dikesan terbang secara formasi 'taktikal in-trail' pada jarak 60 batu nautika di antara satu sama lain. Formasi panjang itu juga telah terbang dengan patern dan haluan yang sama menggunakan satu titik laluan masuk dan keluar.

"Mereka kemudiannya didapati mengubah arah penerbangan di ruang udara Beting Patinggi Ali yang berkepentingan kepada negara."

-Jen Tan Sri Ackbal-

Tambah beliau, pesawat itu telah dikesan terbang pada ketinggian antara 23,000 kaki hingga 27,000 kaki dengan kelajuan 290 knots melalui Singapore FIR sebelum memasuki ruang udara ZMM, Kota Kinabalu FIR dan seterusnya terbang menghala mengampiri 60 batu nautika daripada persisir pantai Wilayah Sarawak yang dikhuatiri akan mengancam kedaulatan negara.

TUDM mulai pantau

Ekoran kejadian tersebut, pihak TUDM telah meletakkan pesawat Hawk 208 daripada No 6 Skuadron, Pangkalan Udara Labuan dalam keadaan siap sedia melalui Operasi Curiga TUDM.

"Pemantauan menerusi radar pertahanan udara diteruskan ke atas pesawat itu di samping beberapa percubaan untuk mengarahkan mereka menghubungi kawalan trafik udara Kota Kinabalu FIR."

"Apabila arahan tidak dipatuhi dan didapati melangkaui persempadanan Kota Kinabalu FIR menghala ke ruang udara nasional, TUDM melancarkan pesawat pemintas pada jam 1.33 tengahari untuk melakukan identifikasi visual."

-Jen Tan Sri Ackbal-

Ancam kedaulatan negara

Menurut Tan Sri Ackbal, insiden itu merupakan perkara yang serius terhadap ancaman kedaulatan negara dan keselamatan penerbangan berdasarkan kepadatan trafik udara di laluan penerbangan di dalam Kota Kinabalu FIR.

"Insiden ini telah dikendalikan oleh TUDM khasnya dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amnya berlandaskan undang-undang dan peraturan penerbangan antarabangsa International Civil Aviation Organization (ICAO) serta Strategi Pertahanan Udara Nasional."

-Jen Tan Sri Ackbal-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen