Tak nak hantar berpantang di rumah keluarga, suami hentak kepala isteri guna mangkuk besi

Oleh: Zuzu Yasmine

Gara-gara ingin berpantang di rumah keluarganya sendiri, seorang wanita baru sahaja melahirkan anak telah dipukul oleh suaminya sehingga lebam di wajah dan tubuhnya.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Medan, Indonesia apabila suspek Saddam Syuhada telah memukul isterinya Nur Hasanah dengan menggunakan mangkuk jenis stainless.

Menurut laporan Sumut.inews, suspek berusia 30 tahun itu menolak pemintaan isterinya untuk ingin berpantang di rumah keluarganya dan berkeras mahu wanita berkenaan berpantang di rumah mereka.

Bagaimanapun, isterinya enggan akur dengan pemintaan suaminya menyebabkan wanita berkenaan dipukul dibahagian kepala dan wajah ketika sedang dalam pantang.

Susulan kejadian tersebut, wanita berusia 28 tahun itu mengalami lebam-lebam di bahagian wajah dan kepala.

Menurut ketua Polis Delitu, Kompol Zulkifli Harahao, Hasanah yang kecewa dengan tindakan suaminya membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Sehubungan itu, suaminya ditangkap dan mengakui telah melakukan kekerasan terhadap isterinya yang masih lemah berikutan baru sahaja melahirkana anak.

"Suspek mengaku telah memukul isterinya," kata ketua polis.

Difahamkan, suspek masih lagi dalam siasatan dan tahan polis.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen