"Sedapnya suara, macam announcement dalam flight..." - Suara 'volunteers' PPV IDCC dipuji

Oleh: Zuzu Yasmine

Buat kaki-kaki ‘travel’ tentunya sangat merindui suara pengumuman di lapangan terbang ataupun di dalam kapal terbang yang dibuat oleh pilot serta pramugari bertugas.

Sedap tone suara dia

Baru-baru ini, tular di laman Twitter apabila suara seorang sukarelawan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) ini persis suara pengumuman ketika di lapangan terbang.

Menerusi video di muat naik oleh seorang pengguna laman Twitter dikenali sebagai Aafir Rashid, dia memaklumkan bahawa suara tersebut dirakaman di PPV IDCC Shah Alam.

Malah menurutnya, sukarelawan yang bertugas di PPV IDCC tersebut terdiri daripada ‘cabin crew’ AirAsia dan Malaysia Airlines.

Tambahnya buat mereka yang merindui suara di lapangan terbang atau di dalam kapal terbang boleh lah mengambil vaksin di PPV tersebut.

“Korang kalau rindu announcement kat airport/dalam flight, boleh datang cucuk vaksin kat IDCC Shah Alam,” kongsinya.

Terus rasa nak cari passport

Sehubungan itu, rata-rata netizen turut memuji suara lunak sukarelawan tersebut yang dikatakan membuat mereka teringat akan situasi di dalam kapal terbang.

Malah ada juga kecewa apabila tiada rezeki untuk menerima vaksin di PPV tersebut sebaliknya dapat di tempat lain.

Rindu nak 'fly'

Tak ada rezeki 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen