Dulu hanya bergurau dalam kelas, 'classmate' main kahwin-kahwin kini selamat bernikah

Setiap orang mempunyai jalan kisah yang berbeza untuk bertemu dengan jodoh. Ada yang terlihat serba serbi mudah dan ada juga yang sampai berhabis duit namun penghujungnya hanyalah sebuah duka. Itulah rahsia Allah yang tak siapa tahu.

Kahwin betul-betul

Bagaimanapun, seorang warga Tiktok ada berkongsi kisah cinta kawan sekelasnya yang dahulu gemar bermain kahwin-kahwin di dalam kelas kini akhirnya selamat menjadi suami isteri yang sah.

 

 

Perkongsian video tersebut menjadi perhatian ramai sehingga memperoleh lebih daripada 500,000 tanda suka sekaligus membanjiri ruangan komen yang rata-ratanya tidak menyangka hubungan mereka benar-benar terjadi.

'Aku pun nak kalau gurau jadi macam ni'

 

'Bukti kata-kata tu doa'

 

'Indahnya kisah diaorang'

Begitulah perancangan Allah yang tak dapat diduga, akan indah tepat pada waktunya. Buat yang masih mencari dan berusaha, moga dipertemukan dengan insan yang terbaik kerana tak ada siapa yang ingin akhiri hubungan dengan sebuah duka melainkan ajal yang memisahkan.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen