Walau dijangkiti Covid, penjaga pusat anak yatim tetap diseret ke mahkamah berdepan 100 pertuduhan

Oleh: Zuzu Yasmine

Hari ini, seorang penjaga pusat jagaan anak yatim telah didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua beradik kanak-kanak lelaki di bawah jagaannya sejak hujung tahun lalu hingga April lalu.

Menurut laporan BH Online, tertuduh Emeer Ahmad Ahmad Jaafar, 35, yang juga seorang peniaga, mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan dibaca mengikut Seksyen 14(a) dan 15(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 di hadapan Hakim, N Priscilla Hemamalini.

Difahamkan tertuduh yang merupakan Setiausaha rumah jagaan anak yatim di Bandar Cyber Botani, telah didakwa dengan 100 pertuduhan membabitkan 34 kes amang seksual termasuk menunjuk kemaluan terhadap dua beradik masing-masing berusia 10 dan 13 tahun yang juga penghuni pusat jagaan itu.

Perbuatan tersebut juga dipercayai dilakukan di beberapa lokasi bebeza seperti di pusat jagaan terbabit, sebuah pangsapuri di Cameron Highlands dan di rumah suspek sendiri di Taman Magosa, Botani, di sini, pada tarikh berbeza antara 1 November 2020 hingga 9 April lalu.

Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan

Tertuduh juga didakwa mengikut Seksyen 15(a) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Waffy Ismail memohon mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh kerana berdasarkan kes ia menunjukkan perbuatan berulang, selain menggambarkan tertuduh seorang yang cenderung terhadap kelakuan pedophilia.

Bagaimanapun, tertuduh dibenarkan diikat jamin RM34,000 iaitu RM1,000 bagi setiap kes dikenakan ke atasnya, selain menetapkan 3 September depan bagi sebutan semula.

Untuk makluman, sepanjang prosiding, selain dibantu pegawai Kementerian Kesihatan (KKM), semua yang terlibat memakai peralatan perlindungan peribadi (PPE) kerana tertuduh baru selesai menjalani kuarantin pada 27 Mei lalu ekoran positif COVID-19.

Selesai prosiding, mahkamah serta kawasan sekitar yang menjadi laluan tertuduh turut disanitasi oleh pihak KKM.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen