Sempat 'video call' dengan anak sebelum lihat asap, budak 6 tahun maut terhidu asap kebakaran

Meninggalkan anak yang masih kecil di rumah tanpa pantauan orang dewasa adalah satu tindakan yang merbahaya walaupun sekejap kerana malang itu tidak berbau.

Kondimiunium terbakar

Harian Metro hari ini melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusi enam tahun meninggal dunia di hospital selepas terlibat dalam kebakaran di kondominium di Jalan Dr Lien Teh sementara adiknya berusia empat tahun dilaporkan selamat.

Menurut Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat(BPP) iaitu Aazelan Hassan memaklumkan pihak mereka menerima laporan pada jam 9.05 pagi sebaik sahaja ibu kanak-kanak terbabit melihat kepulan asap menerusi 'video call' bersama anaknya yang ditinggalkan di rumah.

Ulas lanjut situasi kejadian, difahamkan kanak-kanak berusia enam tahun itu ditinggalkan di rumah dalam keadaan pintu berkunci oleh ibunya yang mahu ke kedai bersama seorang lagi anak.

Meninggal dunia di hospital

Meskipun sebelum ini media melaporkan kedua-dua anaknya selamat dan tidak sedarkan diri namun beberapa jam selepas dihantar ke hospital, anaknya berusia 6 tahun telah disahkan meninggal dunia akibat terhidu asap.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen