"Esok apa plan, free tak?" -Ajak bertunang macam pergi McD, gadis kongsi tunang secara 'online'

Oleh: Zuzu Yasmine

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa, sebarang aktiviti keramaian atau berkumpul tidak dibenarkan.

Termasuk jugalah aktiviti seperti majlis perkahwinan, pertunangan, kenduri kendara dan pelbagai lagi perlu ditangguhkan.

Tunang online je

Namun begitu, PKP tidak menghalang gadis ini untuk mengikat tali pertunangan dengan seseorang jejaka pilihan hati walaupun dilakukan secara atas talian sahaja.

Berdasarkan perkongsian yang dibuat farahainjemin di laman Twitter memaparkan moment indah pertunangannya dengan membuat video call bersama keluarga pihak lelaki.

Esok apa plan?

Dia juga mengatakan bahawa sehari sebelum bertunang, kekasihnya mengajak untuk mengikat tali pertunangan seperti mengajak dirinya pergi McD apabila bertanya sama ada mereka sekeluarga mempunyai masa lapang ataupun tidak pada keesokkan harinya.

Selepas masing-masing memberi persetujuan, mereka terus rasmi bertunangan secara atas talian.

Tahniah! Jimat pun jimat

Menjengah komen diruangan Twitter, rata-rata mengucapkan selamat bertunang buat gadis berkenaan bersama pasangannya.

Malah ada juga yang bersetuju majlis seperti ini kerana menjimatkan kos serta memudahkan urusan keduanya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen