“Takpelah bodoh-bodoh sikit...” -Tak setuju, Dr. Amalina bidas kenyataan Prof Muhaya tentang jodoh

Oleh: Zuzu Yasmine

Umum sedia maklum bahawa Datuk Profesor Dr Muhaya Mohamad merupakan pakar mata yang dikenali malah sering berkongsi ilmu-ilmu berkaitan perubatan dan agama di media sosial.

Boleh dikatakan kebanyakkan perkongsian ilmu yang diberikan menjadi rujukan sesetengah individu terutama berkaitan kesihatan atau motivasi kehidupan.

Jadi ‘bodoh-bodoh sikit’

Bagaimanapun, satu video yang sempat dirakam oleh seorang pengguan Twitter berhubung masalah wanita lambat bertemu jodoh telah menjadi perbahasan warganet.

Melalui video tersebut, ulasan Prof Muhaya telah membuatkan beberapa pihak kurang bersetuju terutama mereka yang masih lagi tercari-cari pasangan hidup ketika ini.

Jadi diri sendiri

Dalam pada itu juga, Dr Amalina Che Bakri yang merupakan pakar bedah turut menyuarakan pendapat agar beliau tidak memberi ulasan yang salah kepada wanita-wanita yang sedang berusaha mencari jodoh.

Malah Dr Amalina turut mengatakan bahawa wanita tidak perlu menurunkan tahap intelektual mereka untuk menarik perhatian lelaki.

Kenapa nak rendahkan diri?

Sehubungan dengan itu, perkara tersebut menjadi perdebatan dalam kalangan netizen yang mana tidak bersetuju akan pendapat tersebut.

Malah ada juga berpendapat bahawa seseorang yang tepat akan terima baik buruk setiap pasangannya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen