Kembali meningkat, 6,239 kes positif Covid-19 baru dicatatkan

Oleh: Zuzu Yasmine

Setelah dilihat mengalami penuruan, kes positif Covid-19 kembali meningkat selepas mencatatkan 6,239 dalam tempoh 24 jam.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor terus kekal merekodkan kes baru tertinggi dengan 2,291 kes, diikuti Kuala Lumpur (704 kes) dan Negeri Sembilan (507 kes).

Manakala negeri Perlis pula mencatatkan kes paling rendah iaitu sebanyak empat kes.

"Dengan 6,239 kes baharu, ini menjadikan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 633,891 kes," katanya dalam kenyataan di Twitter, di sini pada Rabu.

Sementara itu, Noor Hisham berkata, kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau R-naught (Rt) di negara ini terus menunjukkan penurunan dengan semalam mencatatkan 0.95.

Dalam pada itu, menurut laman Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mengatakan bahawa terdapat peningkatan jumlah kes sembuh pesakit Covid-19.

Meskipun begitu, pesakit yang sembuh juga berisiko Sindrom COVID-19 berpanjangan seperti lemah dan lesu atau sukar bernafas.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen