Faham kekecohan yang berlaku, Prof Muhaya tampil mohon maaf isu ‘buat-buat bodoh'

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru-baru ini, pakar mata Prof. Dr. Muhaya Mohamad menjadi bualan hangat netizen apabila mengeluarkan kenyataan tentang isu “Kenapa Wanita Lambat Dapat Jodoh”.

Kenyataan yang dikeluarkan berbunyi “wanita perlu buat bodoh-bodoh sedikit baru lelaki suka” oleh beliau telah dikecam dan mengundang rasa marah ramai.

Terbaru, menerusi laman Instagram miliknya, beliau tampil memohon maaf berhubung isu kenyataannya yang mencetuskan kontroversi itu.

Katanya, hal tersebut merupakan satu salah faham kerana petikan kenyataannya itu dipetik daripada siaran langsung di Page Facebook Prof Muhaya serta YouTube Prof Muhaya TV yang berdurasi selama 45 minit dan diterbitkan pada 6 Februari lalu.

“Bonda mengambil tanggungjawab untuk memohon maaf atas salah faham yang timbul dan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang ambil berat termasuk pihak media, rakan-rakan dan keluarga yang mengambil inisiatif tabayyun atau bertanya akan perkara sebenarnya kepada bonda mahupun team bonda.

“Kepada pihak media juga, sangat baik budi akhlaknya sehingga kini menanti statement bonda, maka bonda tampil membuat penjelasan ini. Terima kasih kerana sabar ya. Sebenarnya, buat yang mahu mendapatkan penjelasan lanjut, semua jawapan terkandung di pautan youtube Prof Muhaya TV bertajuk Cinta dan Cita-cita,” tulisnya di Instagram.

Dalam pada itu, beliau juga mengatakan bahawa sentiasa memberi sokongan penuh kepada wanita berkerjaya memandangkan beliau juga merupakan  seorang wanita, isteri, ibu dan nenek yang berkerjaya.

“Bonda juga seorang wanita, isteri, ibu dan nenek yang berkerjaya dan semestinya sentiasa mendukung, mendoakan wanita semua berjaya ke puncak tertinggi, berbahagia dunia akhirat dan mendapat redha Allah,” katanya.

Malah bagi menjernihkan perkara tersebut, beliau menghadiahkan nota ringkas live Cinta dan Cita-cita (di YouTube) sebagai rujukan bagi menjawab segala persoalan yang timbul.

Sebelum ini, tular di serata laman sosial, ramai yang kurang berpuas hati dengan pendapat daripada doktor pakar mata itu.

Perkara tersebut juga mendapat perhatian ramai termasuklah golongan akademik serta selebriti.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen