Usia 24 tahun baru kembali belajar Iqra', Ai Wahida luah rasa syukur

Menuntut ilmu tiada had umur dan waktu bahkan ada juga perumpamaan yang menyebut bahawa menuntut ilmu itu biarlah sampai ke liang lahad.

Perkara itu mungkin dapat digambarkan dengan perkongsian video di Tiktok oleh seorang penyanyi bernama Ai Wahida ini yang menyaksikan video dia sedang belajar mengaji bersama dengan seorang ustaz secara atas talian.

Terdetik hati belajar lepas tengok IG live rakan artis

Menerusi entri tersebut, dia yang lebih mesra disapa Wawa mengucapkan terima kasih kepada Mawar Rashid kerana hatinya mulai terdetik untuk mengaji setelah melihat live di IG pelakon berkenaan sebelum menghantar pesanan peribadi (DM) di Instagram ustaz berkenaan untuk belajar.

 

 

Mohon doa agar dilancarkan

Dalam pada itu, penyanyi berusia 24 tahun itu terlihat tidak segan untuk memulakan kelas pengajiannya dengan belajar membaca Iqra' sebelum beransur ke peringkat Al-Quran  sekaligus meminta orang ramai mendoakannya agar  urusan pembelajaran berjalan lancar dan dipermudahan.

Meninjau ke ruangan komen, rata-ratanya menyokong penuh usaha penyanyi berkenaan untuk belajar mengaji selain menitipkan ucapan semangat dan doa agar orang lain juga terdetik hati untuk melakukan hal yang sama.

'Moga terus istiqamah'

 

'Jangan malu'

 

'Lama-lama lancar'

'Tuntut ilmu tak kira usia'

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen