Tinggalkan pentas sebelum sesi simbah 'champagne', tindakan Syarifuddin dipuji ramai

Pada hari Ahad lalu, pelumba negara iaitu Syarifuddin Azman atau lebih mesra disapa Damok telah mengharumkan nama Malaysia selepas muncul juara saingan CEV Moto3 Remaja Dunia di Litar Catalunya, Sepanyol.

Segera berdedar sebelum sesi curah arak

Memang tak dinafikan rata-ratanya gembira dan bangga dengan pencapain anak muda itu namun, apa yang membuatkan orang ramai kagum dengan pencapaiannya adalah apabila cara beliau meraikan kemenangan di atas pentas bersama dua orang lagi pelumba ketika itu.

 

Menerusi perkongsian video oleh Amad Nisfu menyaksikan tindakan Syarifuddin yang segera beredar sebelum dua orang lagi pemenang saling mencurah air arak antara satu sama lain seperti yang dilakukan oleh kebanyakan pemenang di luar negara.

'Hanya air soda'

Bagaimanapun, ada juga yang menafikan bahawa botol tersebut hanyalah air yang berisi soda, bukanlah Champagne (arak) seperti yang didakwa orang ramai memandangkan barisan pelumba terdiri daripada peserta bawah umur di samping ingin menghormati keberadaan peserta dari Malaysia ketika itu.

'Inilah juara sebenar'

Pun begitu, rata-ratanya tetap kagum dengan tindakan Syarifuddin yang segera beredar bagi mengelakkan sebarang fitnah berhubung aksi tersebut sekaligus mendoakan agar lebih banyak kejayaan yang diperoleh untuk masa akan datang. 

'Aku doakan banyak lagi kemenangan dia'

 

'Syukur ada yang masih jaga'

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen