"Kau tahu aku siapa? Biadap!" - Berang dikenakan saman, wanita cuba 'provok' anggota bertugas

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak semalam tular video seorang wanita dipercayai naik berang dan sengaja melakukan provokasi terhadap anggota polis selepas diminta untuk berhenti di bahu jalan untuk pemeriksaan.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna laman Facebook itu, memaparkan pemandu wanita berkenaan bertindak meninggikan suara dan membuat provokasi terhadap dua petugas polis.

Ketika pemeriksaan dilakukan, pihak polis yang bertugas mendapati cukai jalan kenderaan yang dinaiki wanita berkenaan telah tampat tempoh.

Rakaman video tersebut juga memaparkan, pemandu wanita yang mengakui sebagai pemilik perusahaan itu telah naik berang semasa proses pengeluaran saman dijalankan.

Meskipun cuba ditenangkan oleh polis yang bertugas, namun pemandu wanita berkenaan masih lagi berkeras dan meninggikan suara selain turut membuat provokasi.

Sehubungan itu, anggota polis yang bertugas diminta untuk membuat laporan dan kes disiasat di bawah Sek. 509 KK.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen