Kejam! rakyat Palestin dihalau & disembur air kumbahan oleh rejim Zionis

Oleh: Zuzu Yasmine

Kekejaman rejim Zionis di Palestin bagaikan tiada penghujungnya apabila rakyat Palestin terus menerus dizalimi tanpa sedikit pun nilai kemanusiaan tidak kira pada kanak-kanak, wanita mahupun orang awam.

Saban hari ada sahaja rakyat Palestin yang dibunuh, dipukul dan ditangkap oleh rejim Zionis tanpa sebab dan alasan yang munasabah.

Disembur air kumbahan

Baru-baru ini, tular pula video yang memaparkan rakyat Palestin disembur dengan air kumbahan oleh rejim Zionis.

Menurut seorang pengguna laman Twitter, @fakhrifadzil, perkara tersebut dilakukan bagi menghalau rakyat Palestin yang berhimpun di bab Al-Amud.

Meskipun perhimpunan tersebut aman tanpa senjata dan dilakukan untuk menyuarakan bantahan terhadap penghinaan Nabi Muhammad SAW yang sebelum ini dilakukan oleh rakyat Israel.

Sembur air kumbahan di jalan & kedai

Tidak hanya mereka yang ada di perhimpunan itu sahaja namun, kedai-kedai milik penduduk Palestin turut disimbah dengan air kumbahan itu.

Malah, air kumbahan tersebut juga disembur ke arah jalan-jalan bagi menghalau rakyat Palestin dan mereka yang berkumpul selain wartawan juga menjadi sasaran.

Difahamkan, air kumbahan tersebut juga mengotorkan telah kawasan di Bab Al- Amud serta sekitarnya.

Allahuakbar, setiap hari ada sahaja kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis terhadap rakyat Palestin tanpa henti. Moga rakyat Palestin terus kuat perjuangkan tanah air mereka. Amin.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen